Monday, November 21, 2011

Mini Gathering Partners Geng Kapal- Potluck

Salam guys. Last weekend was just like the past 2 weekends that I have gone through, happy days with my dearest husband. Iya lah, weekend aje dapat jumpa sebab Nina kan study di Shah Alam, manakala Shahril pula jadi Mr Mama tunggu Nina balik Muar on weekend. hehe.

So, last weekend, mula mula cadangnya aktiviti bersama geng kapal tanpa kehadiran suami sebab kononnya ada hal di Muar. tapi gembiranya hati bila nampak kelibat dia saat Auntie Ena sampai untuk pick up Nina di Kajang sebelum kami ke Senawang untuk berparty.. hehe..

party bukan sebarang party ye... kali ni, partners seafarers sekali lagi jumpa buat makan makan dan kak Liza Fitri adalah tuan rumah selaku host gathering kali ini. Thank akak anjurkan such a great party. Kami datang dengan perut penuh sekali. 

Patutnya party potluck ni temanya ala ala BBQ. sambil BBQ, sambil berborak. sekali hujan daaaa. so, lepak lepak dalam rumah saja lah labu... 


makanan memang sangat meriah... ada macam macam, nama pun potluck kan, masing masing yang hadir ada bawa something untuk dijamah bersama sama.

Laksa khas dari kak Biana dan suami


nasi himpit dan kuah kacang special dari kak Azie Muhamad


Nasi goreng Cina special dari tuan rumah


coleslaw dari kak Sri dan potato salad dari kak Zurina

suami kak Liza bertungkus lumus bakar ayam n ikan walaupun hujan lebat

desserts dari Auntie Ena- carrot cupcake pujaan hati seluruh keluarga. dari captain ke shahril ke rayyan, semua sangat suka dengan kelembutan n sedap cupcake ni.

aneka juadah..


sushi oleh kak Lidia.

buah melaka sedap air tangan kak Arni. kak Arni juga ada masak mihun goreng. Sedap, Shahril siap tambah!

juga ada birthday party Ariq anak kak Marsha dan Iman anak kak Shidah. bebudak suka lah sebab dapat tiup lilin sama sama n dapat goodies bag.. hehe

Antara menu lain yang tak sempat ambil gambar akibat melahap:

Jagung bakar
egg tart
kebab ala sate
kuih koci
kuih karipap
buah buahan
putu piring by kak Ayu Razmin
dan macam macam lagi :)


wanita wanita jelita menjamu selera

kak Suri sekeluarga




kak Arni yang sangat ramah...



kami..



Alisha bersama mummy nya kak Ayu Razmin


good girl yang sangat behaved. tak merengek pun! Auntie Nina n Uncle Shahril suka sangat layan Alisha







heheeheh



masa untuk game!


budak 5A dan budak tempat pertama 5 tahun di tadika

kak Marsha dan handsome boy Ariq

Bethrisya yang tak sabar nak dapat adik baru 









Gamit rumah Kak Liza sabtu lepas...







had a great day spent with hubby and lovely sisters aka supermommies. makanan semua sedap sedap belaka. Thank you to all PGK members yang datang terutama kak Liza Fitri yang host party ni, semua sangat meriah ye, tak kering gusi ketawa n melayan keletah masing masing. ada rezeki, kita jumpa lagi ye :) 


Love, Mrs Nina.


2 comments:

AzieMan said...

nice blog nina,tq

liza said...

TQ nina & hubby for coming.. ada rezeki kita gather2 lagi yer:))..take care dear